Sunday, 4 December 2011

BERKAT DOA IBU

PELABURAN..............................................
Entahlah....aku memang tak pernah terfikir untuk melabur.
Sebab utama kerana aku tak ada duit cash yang banyak. 

Entah macam mana Allah telah gerakkan hati aku untuk membuka laman WEB berkaitan EMAS. Aku pun tak penah terfikir tentang adanya pelaburan emas dan perak nie. 

Asal usulnya macam nie....pada 30 Nov 2011 yang lalu ....aku telah temankan emak untuk menukar rantai emasnya yang telah putus. Aku tengok harga emas kat kedai tu ialah RM181segram.  Kebetulan aku juga ada membawa rantai dan gelang emas yang telah putus. Aku testlah....nak tahu boleh laku berapa RM.

Punyalah aku terkejut...bila dikira harganya telah meningkat hampir 3X ganda dgn harga asal masa aku beli 10 tahun dulu.

Bayangkanlah..... aku beli emas tu hasil dari wang hantaran yang diberikan oleh suamiku dgn harga RM1800.00 (rantai dan gelang) pada 10 tahun yang lalu. Pada masa tu aku rasa dah besar nilainya. Bila aku tanya kat mamat tu..dia kata nilainya RM5xxx.00.Terkejut aku dibuatnya.

Aku macam tak percaya.  So....balik jea dari kedai emas..aku cari harga emas semasa kat laman web. 
Bila aku buka laman web tu...aku terus tertarik untuk membacanya sehinggalah sekarang. Barulah aku tau tentang pelaburan emas dan perak nie.

Mungkin orang lain dah tau ttg pelaburan nie ...dan telahpun mendapat pulangannya.  Tetapi aku baru nak merangkak dan belajar tentang pelaburan emas nie.  

Yang seronoknya....aku tak bagitau kat suamiku tentang pelaburan nie. Sebab masa tu suamiku tengah sibuk dgn urusannya. Jadi akupun carilah maklumat nie sendiri dan fahamkan betul2 tentang pelaburan emas nie. Bila aku dah betul2 faham barulah aku cerita kat suamiku. Pada mulanya....dia tak berapa berminat.

Jadi.....aku pun carilah laman2 web yang menarik dan mudah difahami untuk dia baca. Alhamdulah dgn sekali baca...suamiku terus berminat untuk membaca laman yang seterusnya.


Dan sekarang dia dah mahir tentang harga emas dan perak (tp tak aplikasikannya lagi..just on paper aje). aku mmg yakin dgn kebolehan suamiku..sbb suami ku sangat mahir matematik terutamanya matematik gunaan.   dan sekarang hasilnya.....(sila lihat laman web www.dinardirhamdanaku.blogspot.com)


Aku dan suami belum try lagi. Tapi insyALLAH akan buat kerana ini adalah salah satu daripada sunnah Nabi.  Bilamkita buat akan dapat pahala. Aminn....

kalau malas nak membaca...disini disediakan video berkaitan dgn pelaburan emas. LAYAnn............................
























No comments: